Thursday 6 January 2022

Tanya Khabar

Bertanya khabar pun ada impak yang besar.
Terus-terang, sebagai seorang introvert, bukan kebiasaan aku untuk mudah bertanya khabar. Mungkin aku lebih kepada memerhati orang dalam diam.

Tapi bila mendewasa, aku sedar pentingnya untuk bertanya khabar dalam bergaul dengan masyarakat. Lagi-lagi sekarang, bila aku bekerja dalam bidang yang perlu memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

Nak tahu tak kenapa benda ni penting? Ni satu sisi yang aku baru nampak baru-baru ni.

Kadang2, ada orang yang tak tahu sebenarnya mereka perlukan bantuan dan kita boleh beri bantuan kepada mereka kalau kita tak mulakan dengan bertanya khabar. Bukannya mereka tak mahu meminta tolong, mungkin mereka tak sedar pun yang mereka berada dalam suatu masalah dan kalau sedar pun, mereka tak tahu kepada siapa mereka nak minta pertolongan.

Semalam, aku kena jaga ward SARI perempuan obstetrik/ginaekologi. Ward SARI ni kiranya ward orang2 yang bersimptom atau ada covid contact tapi result covid mereka belum keluar lagi atau result pertama negatif, dan menunggu swab kedua.

Ward SARI, sbb kebarangkalian untuk positif itu ada, maka kita akan treat sebagai positif sehingga terbukti negatif. Jadi, kalau nak masuk perlu pakai PPE. Bkn keluar masuk sesuka hati, tetapi masuk secara berkala dan mengikut keperluan sebab kita pun nak kurangkan risiko jangkitan kepada petugas kesihatan. Selain pada waktu masuk, kita akan menghubungi pesakit melalui telefon.

Nak dijadikan cerita semalam, aku masuk dengan donning PPE untuk review pesakit selepas Caesarean section. Sambil2 tu aku tengok keliling, waktu tu nak dekat pukul 12 malam, jadi pesakit lain semua sedang tidur. Cuma ada seorang pesakit ni duduk.

"Puan, kenapa tak tidur lagi?" 
"Tak dapat nak baring doktor, bengkak peranakan."
Eh, paniklah pula aku. Bengkak peranakan?
"Sejak bila lagi ni?" 
"Malam semalam, dr."
"Ada bagitahu siapa2, doktor pagi td ke?"
"Takde"
"Dekat kak staff nurse pun takde bagitau?"
"Takde dr, saya ingat ni normal."

"Bangkak kat mana, cuba tunjuk?"
Lepas tanya betul2, dan periksa badan pesakit, rupanya pesakit 2 hari dah tak dapat kencing dengan baik. 
Yang "bengkak peranakan" tu rupanya pundi kencing yang penuh dengan kencing selama dua hari. Bila pasangkan wayar kencing, 2 liter air kencing yang terkumpul!

Rupanya pesakit tak tahu, ini anak pertama. Ingatkan normal untuk tak selesa begitu. Jadi dia senyaaap je. Ni hari ketiga selepas lahirkan anak secara normal. Memang melahirkan anak secara normal ada risiko untuk dapat "urinary retention". Cumanya sebab pesakit ni hari pertama dia dapat kencing dengan ok, jadi kita dah tak monitor dia punya kencing. Rupanya dia tak bagitahu keesokan hari dia kencing tak puas, sakit nak kencing, terkencing atas katil dan dalam pad.

"Puan, benda ni tak normal. Sepatutnya puan kena bagitahu. Ni hari kedua dah, bahaya. Tadi besar sangat dah pundi kencing tu. Puan dalam ward SARI, kena bagitahu, takut kami terlepas pandang kalau puan senyap je."
Aku membebel sayang.
Tapi lepas tu aku minta maaf, sebab kekurangan kami dari segi penjagaan pesakit2 SARI berbanding wad biasa. 

Alhamdulillah lepas masukkan wayar kencing tu pesakit okay, pundi kencing kembali ke saiz normal. Boleh baring elok dan tidur. Alhamdulillah.
Kita akan pasang dulu wayar kencing tu selama 48, lepas tu test balik boleh kencing secara normal tak. Kalau normal, boleh off dah wayar kencing. Tak normal, kita bagi discaj dengan wayar kencing selama seminggu, dan tengok balik bila check up kat klinik lepas seminggu.

Kejadian ni aku ambil sebagai pengajaran untuk diri sendiri, walaupun tengah sibuk dengan hal lain, untuk tengok sekeliling (screening) dan bertanya khabar. Sebelum keluar dan doffing, boleh tanya balik je secara umum kepada semua orang, puan semua okay, ada apa2 masalah?

Walaupun ni apa yang saya aplikasikan di tempat kerja saya, harap-harap berguna juga untuk diaplikasikan di tempat lain. 

Pengajaran ni pun dapat bila sebelum pergi kerja tu, ada dengar sharing tentang ihsan. Dan bagaimana ihsan di tempat kerja itu pun satu bentuk dakwah. Shoutout to Aida + Team AA 

Tetapi lepas keluar doffing tu, banyak je lagi yang ter-uji tentang ihsan, banyak yang fail lagi, banyak kena improve lagi. Kadang-kadang ada juga masa bila kita bertanya khabar, lepas tu eh alamak tambah pula kerja aku, menyesal pula tanya haha. Tapi bila kita nampak ada cara kita boleh tolong seseorang, moga Allah mudahkan kita untuk cuba yang terbaik. Kadang2 mungkin kita cuma penyampai yang mana kita boleh carikan orang lain untuk tolong orang yang hadapi masalah tu.

It's okay, let's do better tomorrow ☺️
Sekian coretan ho cabuk yang selalu ada masalah tidur malam bila postnight.

1 comment:

NLC for GARAGESALE said...

Well done doc..Done share..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...