Assalamualaikum w.b.t
Cik XX (bukan nama sebenar) dalam dilema :'(
sungguh, kadang2 ragam manusia ni boleh jadi buat dia kecewa. Lebih2 lagi kalau orang tu insan yang patut dihormati, patut jadi example.
Dia cuma mampu geleng kepala. Aisy cik XX! memang tak de org sempurna. Banyak weakness, byk flaws. Semua org. Ada ibrahnye di situ. Kalau tak pernah silap, org takkan pernah belajar perbaiki diri..
Cik XX patut terima semua tu. Cik XX pun bukannya ideal sgt kot. Mau2 lari calon bakal mertua.
Masih teringat lagi dalam minda, waktu dia di staffroom itu. Dia bukan saja beralasan, bahkan bukan sengaja menyusahkan orang. Cuma mengharap orang faham. Jauh sekali mahu mengharap simpati yang sia-sia.
"Mak awak, bukan awak kan?' terngiang-ngiang lagi suara itu kat kepala.
"Kenapa kalau mak awak yang dibedah, awak tak dapat ambil exam?"
"Ini exam besar."
Cik XX hairan... Hairan sangat.. Memang akademik tu penting bagai... Tapi berapa besar harganya, sampai mengabaikan orang-orang yang essential dalam hidup mereka.
Cik XX tahu, mungkin kalau dia di samping mak nya pun bukannya mampu buat apa2. Jauh sekali mampu nak merawat. Cuma mampu menemankan. Cik XX juga tahu, ramai je saudara maknya yang lain, ahli keluarga yang lain, yang mampu dan sanggup meneman maknya.
Tapi tak sama bukan?
Waktu kecik, kalau kita demam sikit pun mereka dah runsing. Sanggup pulang awal dari kerja, kutip kita dari sekolah. erk.. kutip? Sanggup berjaga malam. . Keluar duit pergi klinik, beli ubat bermacam warna dan jenis. Itu baru demam tahap paling ringan
Padahal ini perkara besar bagi Cik XX. Bukan calang-calang pembedahan tu. Bukan sekadar mengeluarkan tulang ikan dari jari. Itupun dah cukup sakit kan?
Dan orang itu, mungkin tidak faham.. Mungkin juga dia belum melalui perkara tersebut.. Ataupun dia pernah melaluinya, namun dia cukup kuat dan berasa tidak perlu untuk mementingkan hal sebegini. Hal kecik ciput. Jadi akademik tu boleh tahan gila gedabak ke... Musykil2..
Padahal kalau nilai balik, cuba ingat semula, yang sebenarnya menghantar dan menggalakkan kita untuk study segala dan capai cita2 tu mulanya dari parents kita. Sekarang, belum pun berjaya, baru meniti satu tangga je pun, takkan dah nak lupakan mereka?
Dan kalau nilai balik, mungkin orang kata menunutut ilmu tu penting. mungkin tujuannya untuk membangunkan agama, mungkin juga bangsa dan negara. Urusan family belakang kira. Tapi kalau difikir-fikir, bukan orang yang seagama, sebangsa dan senegara yang paling rapat dengan kita tu family member kita sendiri ke? Kalau kita tak mampu berada di samping mereka waktu camni, mungkin ke kita mampu menolong orang lain, masyarakat kita yang lain?
Susahkan kalau terlau memandang ke depan sampai terlupa apa yang penting.
Doakan yang terbaik untuk Cik XX bukan nama sebenar tau! :)
p/s 1 : tapi ramai jgk org yang faham psl Cik XX :) adakala die senyum gak lepas balik staffroom. terharu jgk, ade yg senggup susah payah membantu. salute and respect mereka tu!^^ ramai je, yg boleh dijadikan contoh sebenarnye...
p/s 2: you thought that it would be sunny forever. Then the rain came. You were so frustrated that you might give up hope. However, u don't know.. In the end Allah gives u rainbow :)
dan aku pun hairan, kenapa kalau ada sedara rapat kahwin pun susah nak mintak excuse. Org igt tak penting. Cuba bayangkan kalau kita pulak yang kahwin tapi sedara kita tak dapat datang.. Padahal kita nak berkongsi hari bahagia ni dgn org tersayang.. Strangers datang ke tak tu belakang kira. tapi ni family beb!
p/s lagi : sanding mungkin tak berapa penting. Tapi nikah tu penting! suka tengok bakal pasangan tu malu2 intai2 je dari jauh.. dan sedih jugak nak dilepaskan keluarga. And that is the moment that will change their life! :)) ingat balik makcik2 n abang2 kakak2 anda, lepas kahwin, hidup diorg berpusing 180 darjah kan? Sebab tu, penting kot untuk kita witness detik permulaan perubahan diorang tu :)
and be good to ur parents :) for without them, u wouldn't be who u are.
2 comments:
Assalamualaikum
Things happen in life, we just have to do the best with what ever we have.
Our priorities in life always differs.
Though hopefully our priority on Islam do not:)
Waalaikumsalam :)
heh. but this is about humanity...even in Islam, it's what we should prioritise too, right..
tapi memanglah.. mata sama warna, hati macam2 tona & rona kot. :)
Post a Comment