Assalamualaikum w.b.t
Bayangkan, hari ini anda bersiap awal. Tiket memang awal-awal dah beli. Di tiket, tertera :
'One-way : from Station 1 to Station 10'
Anda menarik nafas dalam-dalam dan senyum. Dalam hati berdupdap tak sabar. Ramai orang cakap, bila dah sampai stesen 10, tempatnya sangat cantik, indah, permai... tapi tak ramai pun yang dapat sampai ke sana. Dan kiranya anda ni bertuah, kali ni tiket di tangan anda. Sebelum ni, kewujudan stesen 1 pun anda tak tahu-menahu. Sungguh.
Tetapi apabila tren sudah sampai, ramai... sungguh ramai orang meluru masuk. Anda pun terjingkit-jingkit, tersiku-siku, juga cuba untuk masuk. Akhirnya selepas berhempas pulas bergelut dan menahan kemasaman, anda pun berjaya menuju ke satu tempat duduk. Belakaaaang sekali......
Tapi anda sudah sangat bersyukur. Dan senyum lagi.
Anda juga fikir, sekarang dah tak perlu risau apa-apa... Tak lama lagi bakal sampai...
Tapi baru seketika, keretapi mula berkocak. tak stabil. Entah masalah teknikal apa... Yang anda pasti, anda hampir2 sahaja meluahkan sisa makanan di anak tekak. Dan anda pun cuba menenangkan kerisauan...
Baru saja anda mahu melelapkan mata untuk menghilangkan rasa takut, anda mendengar pengumuman bahawa enjin tren panas, perlu dihentikan sekejap. Memandangkan sewaktu itu landasan tren di tengah ceruk mana, jadi tiada orang dibenarkan keluar..
sabarlah, sabarlah... Tak lama lagi.....
Padahal jam berdetik dengan begitu lambatnya. Sudahlah tiada bekal makanan atau air yg dibawa untuk berbuka, kerana kejadian sebegini langsung tak dijangka. Satu badan lesu. Dan hiruk pikuk kebisingan orang ramai mula membuatkan anda kurang selesa. Peningnya!
Hampir sejam lamanya, kemudian keretapi pun meneruskan perjalanan, tapi tanpa menggunakan penghawa dingin. Anda cukup lega, tapi lama-kelamaan bila baju dihujani peluh rasa mahu menangis juga. Orang bandar.
Akhirnya anda sampai ke destinasi.
Dengan mata merah, dan langkah lemah longlai, anda melangkah keluar. Perlahan.....
Tapi betullah, stesen 2 pun memang cantik, dan nampak indah berbanding stesen 1. Anda boleh lihat di luar, pemandangan serba hijau. Tenang. Udara nyaman. Anda cukup gembira. Dan anda pun menunggu di kerusi hadapan landasan tren, menanti tibanya keretapi ke stesen 3.
Tetapi apabila anda menoleh ke tepi, anda terlihat satu papan tanda. Peta, dari satu stesen ke stesen yg lain. Dan anda pun melihat, panjang perjalanan makin bertambah untuk stesen 3 dan seterusnya. Bahkan makin berbukau. Anda mula kecut perut.
Apabila tren pertama sampai, anda membiarkan orang lain yang memasuki dahulu. Biarlah, biar dulu mereka berebut masuk. Selepas ni baru anda masuk. Ya kan, sini kan ada kedai makan. Pemandangan pun ok apa. Tandas, kemudahan lain pun cukup. Anda fikir, tunggu anda beredia dulu baru masuk. Ya, tren seterusnya anda akan masuk, itu azam anda.
Jam seterusnya, tren kedua sampai. Anda masih tak berganjak.. Tren ketiga lah! Rehat dulu.
Sesampainya tren ke-empat pula, anda melihat kawan-kawan, juga sedara anda ramai juga yang masuk tren itu. Tetapi anda masih tak bersedia. Akhirnya tren ke-empat hampir penuh juga. Dan apabila orang yang terakhir mahu masuk, dia pun bertanya, "eh, tak mau masuk?"
dan anda pun menjawab. "Takpe, masuk lah dulu." senyum.
Dan bila keretapi ke-empat meninggalkan anda, anda mula rasa nak menangis. Sedih. Ya kan, semua orang dah pergi jauh. Anda.. masih di sini. Tak berani. Kenapa?
Hemm.. iyakan? Baru-baru ini, aku bersembang dengan seorang sahabat, Mirah..apa yang aku ingat, katanya, 'Ramai orang dah berubah. Kita masih kat sini.'
Aku masih kat sini.. Dulu, aku sanggup ambil langkah pertama. Langkah kecik tapi aku kira macam penting sebab dulu aku memang The Mischievous Jenin (bukan dulu sangat pun). kalau aku cerita kat sini satu-satu perangai aku memang mau menangis darah dibuatnye. Tapi setakat itu aje ke? Setakat jadi orang biasa-biasa, sedang-sedang? Semua kerana tak berani nak berubah, susah nak mula sesuatu yg baru, pandangan orang semua.. Tak mahu luar dari kebiasaan, jadi terasing? hey jenin, why? Why?
Tren kelima sampai. Kita kat mana? Teruskan, stay, atau patah balik?
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu.Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.(al- Baqarah : 208-209 ).
terasa? aku super terasa. :'(
but the journey still hasn't end.
No comments:
Post a Comment