Assalamualaikum w.b.t
Kalau nak kira, mungkin sudah lama, lebih setahun juga, aku tak hubungi kawan-kawan lama aku... Padahal, dulu, perkara ni yg aku takutkan. Takut, hilang kawan lama semata-mata kerana jauh. Takut, hilang kawan lama, kerana masing-masing sibuk dan malas bertanya khabar. Sedangkan sahabat-sahabat aku dahulu yang menghidupkan zaman persekolahan aku, memeriahkan suasana kehidupan di asrama. Dan aku, walau lain asal-usul dan bahasa slanga asalnya, mereka terima aku seadanya.
Dan tadi, kiranya, macam kali pertama dalam tahun ini, aku hubungi sahabatku Nisa.
Nisa, kamu dah besar pun.. Hampir saja aku titiskan air mata. Mendengar cerita kamu.. memang kamu dah besar pun...
Ingat tak dulu? Kita mula sekelas waktu tingkatan 4. Tapi itu aku tak ingat sangat. Lepas kita pindah kelas Al-Birunie, kerana kita tak drop subjek akaun, kamu duduk sebelah aku. Ingatkan? Sebelah lagi ada Jannah dan Michelle. Depan pula Fenella dan Purdey.
Kamu ingat tak? Kita bising, kerja perang mulut saja. Tension jannah dan ella nak mendengar. Tapi aku tau kamu sayang aku. Hahaha. Kalau bab study, memang kita pesaing terhebat agaknya. *Macam aku tak perasan, kalau orang pas-pas markah, kamu mesti nak tengok markah aku dulu kan? Nak compare. Hahaha. Dulu memang aku rasa geram, tapi sekarang, bersyukur jugak, sebab kamu wujudkan rasa nak bersaing tu. Sampai aku jadi rajin dan mau aim markah tinggi-tinggi. Kalau aku tengok kamu leka sikit, mesti aku ambil buku konon-konon nak rajin waktu prep. Padahal, dalam hati, rasa tersangat malasnya. Yalah, dulu aku, jenis yang lepak-lepak aje, tak ada cita-cita kecuali angan-angan nak mengembara seluruh dunia sambil jadi penulis fiksyen oh seronoknye! *okey ini sangat mengarut*
Dan aku juga perasan, dulu, kamu... suka mengeluh kan? Ya, kamu sangat sibuk... dengan hal team bola jaringnye, mengurus perpustakaannye, sampai adakala kamu sangat down pasal study. Lagi-lagi kalau lepas exam kena tegur dengan cikgu maliha. dan waktu itu kamu mula mengeluh, "Susahnya hidup." Aku kira kamu ulang banyak kali juga, sampai aku yang sangatla bersifat sarkastikus pada waktu itu membalas, "Ingat mati senang?"
Padahal waktu itu sepatutnya aku support kamu kan. Yakan, memang kebudak-budakan. haisyy... Maafkan aku ya?
Tapi sekarang aku rasa kamu sangat berbeza... Yakan?
Kamu sangat bersemangat. Bunyi sangat positif. Bunyi macam kamu sangat hargai hari-hari kamu. Bunyi macam hati kamu berkata, "Ya Allah, Bring it on... InsyaAllah I can"
Dan bunyinya macam, kamu sangat bahagia dengan sahabat-sahabat kamu. Aku harap sangkaan aku betul. Kerana aku sangat gembira, sangat gembira dengan semua ini..
Dan aku harap tiba masanya, kita akan berjumpa lagi. Kamu di Perak saja kan? Kita masing-masing tidak dapat pergi ke Majlis Lan Berambeh di PWTC. Tapi, lain kali, ada masa, di mana-mana, kamu yang sudah besar akan bertemu dengan aku, yang insyaAllah, mau menjadi seorang yang positif seperti kamu.
Sama-sama kita kejar cita-cita kita. Doctors for ummah, insyaAllah. :)
Dan buat zakiyyah pula, aku harap kamu akan kuat dengan ujian yang menimpa kamu. Aku cuma tau perkara itu selepas nisa memberitahu aku. Sungguh aku teramat tidak sensitif dengan semua perkembangan sahabat-sahabatku. Maafkan aku ya?
*Sahabat bukan sekadar hai hai dan bye bye. Perjuangan mengekalkan silaturrahim itu yang sebenarnya payah, perlu kekuatan, dan terasa kemanisannya. InsyaAllah Amin*
2 comments:
waaa. .s0ooo sweet irraa. ..
awk pn sweet jwk za :)
Post a Comment