Sunday, 6 November 2022

Doktor wanita dan bidang obstetrik

Sekarang, sedang viral video yang melabelkan lelaki dayus apabila membenarkan isterinya diperiksa atau anaknya disambut kelahiran oleh doktor lelaki. Komen2 di bawah video tersebut pula menunjukkan ramai yang bersetuju dengan video tersebut.

Walaupun ada yang claim sudah ramai doktor perempuan dalam bidang O&G, tapi bila berada dekat department itu sendiri, memang x cukup untuk penuhi permintaan semua. (Bahkan ratio pesakit- doktor kedua2 lelaki dan perempuan pun sangat tidak mencukupi)

Realitinya bukan mudah untuk menjadi pakar o&g. Antara semua department, secara peribadi untuk saya memang department inilah yang paling mencabar fizikal, emosi dan mental. Setiap pagi berdebar sebelum masuk kerja.

Walaupun dulu waktu interview selepas spm cakap nak jadi pakar O&G, lepas dah tengok dan rasa sendiri, memang surrender dan minta dijauhkan daripada bidang ini sebabnya kita boleh ukur baju di badan sendiri ( apapun kita tak tahu masa depan bagaimana, manusia hanya merancang, tapi Allah menentukan). 

Bukan semua orang mampu dan sesuai, dan setiap orang ada kelebihan masing2 yang sesuai untuk jadi bermanfaat untuk masyarakat. Kalau semua doktor wanita jadi pakar O&G, kita akan kehilangan kelembutan dan hikmah daripada wanita2 di bidang pediatrik, pembedahan, ortopedik, psikiatri dan sebagainya. Dalam setiap bidang, ada pesakit-pesakit wanita juga dengan masalah-masalah yang khusus untuk wanita.

Untuk wanita-wanita yang bekerja dalam bidang O&G, moga Allah ganjari pengorbanan, mudahkan perjalanan dan menguatkan anda. Tabik spring dengan anda. 

Buat yang mahukan doktor2 wanita untuk menyambut kelahiran isteri/ ahli keluarga anda, moga anda dapat memupuk minat dan kesedaran, membina kekuatan dan menyokong ahli keluarga anda untuk menjadi ahli dalam bidang obstetrik. Ketahuilah bahawa setiap cita-cita itu panjang dan bukan hanya bermodalkan air liur.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...