Friday, 28 October 2011

huru-hara elaun :)

Assalamualaikum w.b.t..

Guess what? Hari ni hari ke-3 aku cuti! ^^) Sebenarnya kolej kitorang cuma cuti hari rabu je, tapi kelas aku yang memandai-mandai ganti kelas awal-awal, jadi kitorng cuti straight dari Rabu sampai Ahad. Mastermindnya siapa lagi kalau bukan class representative a.k.a. ketua kelas kitorang, Jacky. Dengan muka yang excitednya dia rancang semua tu, mesti diri sendiri tu nak balik Penang. Pastu kawan2 aku pun join sekaki la balik rumah diorang, tinggalkan aku terkapai-kapai. Yelakan, mungkin tak berbaloi jugak nak balik Sarawak untuk 5 hari je. Tapi aku yang sentimental ni, kadang2 teringin gak. Ah, sudah..


budak ALL 6 yang nampak je cam budak baik, p gila cuti..

Tapi, yang bagusnya, kitorang dah dapat elaun, jadi walaupun tak balik... kitorang isi dgn perkara2 berfaedah!! (ehem.. betul ke shopaholic?) Memandangkan classmate aku ramai yg balik, jd semua aktiviti aku spend ngan housemate tersayang..  Teringin nak tau apa yang ktorang buat? Kitarang decorate rumah.. and g shopping barang2 rumah... Rabu haritu kitorang gi borong barang2 dapur, sekali dengan induction cooker... Alhamdulillah, dah boleh masak macam2.. Orange mini mart pun dah buka dekat2 ni, baru tadi kitorang gi beli ikan, goreng dan masak sweet sour! nah, siapa kata medic student xde peluang nak belajar masak.. bohonglah..


sizzling fish in induction cooker!^^

Oh ye, umm.. last week xde update apa2 kan?

Last week, waktu mula2 elaun masuk, cik jenin pergi midvalley, (dah sudah, jgn pandang macam tu) it's my first time la belanjakan elaun. And I'm not a shopaholic okay!
Kitorang naik Komuter, dari stesen KTM Nilai... Sebab tu memang first time naik komuter... (Sarawak memang xde komuter atau anything yang rupanya macam train)


KTM yang sesak  >.<

Jadi memang waktu jejak kaki dalam KTM tu, mula2 memang excited. Maybe sebab masuk dalam ladies couch (gerabak wanita) jd memang, rasa selamat je kan.. Tpi lama2.. Komuter makin sesak.. And bayangkan, xde tempat duduk.. Baru teringat, hari tu hari Sabtu.. tak sah kalau KL x sesak. And berdiri la aku ngan kawan, 55 minit lebih kurang. Sampai tu dah terduduk. Penat. Tobat tak nak naik komuter lagi waktu cuti umum.

Sampai midvalley, kitorang singgah makan dulu.. sebabnya dh lapar sangat, bertarung dalam KTM.. Jadi dengan besar hatinya kitorang melantak dan melahap pizza dekat Pizza Hut.. Bak kata orang, pizza makanan palin sesuai untuk dimakan ramai2.. Tapi, sebenarnya, x kisah apa2 makanan pun, kalau makan ramai2 mesti makin selera. Macam kat rumah, kalau semua orang balik cuti, makanan kat dapur confirm habis. Tapi kalau adik sorang je kat rumah, buat penat mama je nak masak. (he3 adik jgn marah)


makan sakan :)

lepas penat membeli belah, kitorng gi makan aiskrim pula... nak tau kat mana? Baskin Robbins. Mula-mula dah nak beratur dekat aiskrim McD, aiskrim sana sdap gak, and lagi murah.. Tapi tiba2 tiqah ngan fiz undur, x nak queue dah, diorang nak baskin robbins. Apalagi, join je la diorang pekena aiskrim mahal. Sekali sekala, kan.. Bukan selalu he2 (dalam hati sendiri pun happy.. yela, makan ngan kawan kan lagi selera.. xkan nak mkn aiskrim McD sorang2..Alasan! he2)

Jd kiranya kitorang g Midvalley bukannya shopping sangat pun, xde borong barang2 sgt.. yang penting apa? MAKAN. dan jalan-jalan ngan kawan.. bak kata orang window shopping ni terapi untuk hilangkan stres. yelakan, kalau terjurung dalam kolej nanti lama-lama otak pun tepu... mahukah anda bakal-bakal generasi muda semuanya jadi nerd? Sudah tentu tidak, bukan.(Bajet ayat skema) Jadi di sinilah pentingnya window shopping. ;)


Baskin Robbins. Cuba intai aiskrim Tiqah, 3 tingkat woo..


Gambar kenangan dengan Fizreena- tengoklah Midvalley yang dihias sempena Deepavali. Malaysia, memang meriahkan?

Dan malam tu, lepas balik dari Midvalley, cik jenin tiba-tiba kena virus. Tak, bukan influenza, bukan jugak virus Bloody Monday. Ni jauh lagi teruk lagi... Aku kena virus homesick. Orang kata, 'home' atau rumah, tu tempat asal kite. Tapi bagi aku tak. 'Home' tu, boleh jadi mana2 tempat pun yang mana ahli keluarga aku menetap kat situ. Ataupun pernah melawat sesuatu tempat tu.   

Jadi kalau korang rasa homesick lepas balik midvalley tu pelik, meh cik jenin cerita. Dari dulu, kalau kitorang sekeluarga balik kampung, selalunya transit Kuala Lumpur dulu. Nak tau pergi mana? Jalan TAR, Sogo, dan Midvalley. Itu wajib. Lepas tu melantak dekat restoran nasi kandaq. Jadi memang dah kira macam 'home', tempat2 tu. banyak kenangan. Dekat midvalley, lalu kat MPH, parents kitorang tak kisah melabur duit untuk buku. Dan dioranglah yang sanggup tunggu lebih sejam kat luar MPH. Lepas tu, masuk JUSCO, melabur pula untuk baju raya. He2, melabur untuk baju raya tu pun penting kan? Dan lepas tu kitorang sekeluarga pun buat agenda paling penting, MAKAN!! yelakan, sekali sekala balik KL. 

Tulah sebabnya, waktu kat midvalley memang rasa homesick. Nampak bayang2 family.. Hmm.. Waktu balik, terus peluk bantal dan nangis. Ah, lama dah rasanya tak nangis. Tak tau kenapa, memang kelemahan ak yang paling obvious, ak ni sebenarnya sentimental sikit. Benda kecik pun, air mata rilek je jatuh, Tapi ni, kalau korang kata benda kecik, memang bohonglah. Dah berapa lama tak tengok family? Waktu raya pun sempat seminggu je. Dahlah kakak jauh kat perantauan..

Tapi lepas tu muhasabah diri.. Semua ni dugaan kan? Aku, takde masalah pun nak berdikari dan jaga diri.. Jadi x perlu lah, nak manjakan diri.. Dan silaturrahim keluarga yang kuat ni, insyaallah jauh macam mana pun, Allah akan jaga.. Korang ikhlas kan sayang keluarga korang?

Dah sudah, melalut panjang beno... He2.. Memanglah, agak lama dah tak blogging sepuas hati. Memanglah, aku ada prioriti yang perlu didahulukan. Study aku pun kena sungguh2 sikit.. Semua benda yang kita buat, mesti buat betul2 kan? JanjiNya, ganjaran adalah untuk orang yang berusaha. Jadi jom sama2 kita usaha, dalam semua benda yang kita buat! :)


p/s:
 spaghetti, salad epal dan ice lemon tea kebanggaan apartmen 4-1-A3. Tak teringin ke nak jadikan kitorang menantu?



2 comments:

Aku Normal said...

haha untung siapa dapat korang.

fatinsyahirahzainy said...

hahaa.. tolong la promotekan ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...