Wednesday, 16 November 2011

Cerita serius!

Jom sama-sama hilangkan stresss..



Al-kisahnya pada satu hari ada 3 org sekawan yg tgh bersiar-siar... (Orang kata diorang bersiar2 dkt Waterfront Kuching, tapi xsure tu auta ke fakta...) Yang paling depan tu namanya Gila, yang kat tengah tu Otak.... dan yang berjalan paling belakang sekali, Gaduh.

Jangan tanya aku kenapa nama diorang camtu. Tanya parents diorang.

Waktu diorang tgh syok gile tengok pemandangan yang super-cantik tu, tiba2 Otak tersedar yang ada benda tak kena!

"Gila, kau perasan tak yang kawan kita ni dah hilang! Alamak... camna ni... Dahla dia memang buta arah sikit..."tanya si Otak dengan ekspresi muka panik tahap maksima.

"Em, sekejap"...perah otak punya perah, Gila pun mendapat satu idea bernas... kot. "Jom kita lapor kat polis."

Diorang pun dengan fast and furious nye menuju ke balai polis..

Tapi sesampai je dkt balai polis tu, Otak mengundur dan makin mengundur...
"Ko apesal?'sergah si Gila dengan muka tension.

Otak menunduk.."Sori bro.. Aku kena g tandas ni... Kalau panik, aku mesti rasa cam nak terkucil je... Ko masuk ah dulu"

Gila pun pasrah je bila ditakdirkan terpaksa masuk ke balai polis sorang2. Disebabkan pertama kali masuk tempat camtu, dia pun dengan penuh mesra dan sopannya menyapa polis tersebut:

"Assalamualaikum Tuan Inspektor... boleh saya mintak tolong?"

tapi... Tuan Inspektor yang tengah sibuk bermesej tu buat muka sombong je... mungkin tak dengar sebab suara Gila tu sopan sangat, tapi yang pasti dia dah kurang sabar.

"Oi, POLIS!" sergah si Gila.

Polis tu pun berapi lah jugak. "Awak ni nak cari gaduh ke?"

"Ye, memang saya nak cari Gaduh." jawab si Gila, dengan muka yang sangat amazed kerana polis tersebut bukan sahaja tau tujuan dia dtg ke sini, tapi jgk nama kawan dia.

"Cis, mane ko letak otak?'tanye lagi si polis dengan nada ekstra berapi.

"Otak kat tandas..." jawab si Gila, lagi super-amazed. Wahhh pandai pulak dia tilik yang aku dtg ngan Otak.

"KO NI GILA YE??!!" polis tu dah bangun dari kerusi and urat leher pun dah tegang.

"Ye. saya memang Gila. Camne Encik tau?'



p/s: cerita ni mama yg cerita dulu, waktu kitorang kecik2. He3. Tapi ni yang versi dah tambah perisa dan MSG sikit. kudos tu mama!^^

p/s 2: aku dh tinggalkan zaman helpless dan extra sedih tu! :) Alhamdulillah... memang masalah still ade, but life, must go on kan? and kat mana2 pun, ada sudut positif gak...

2 comments:

eita said...

sian diorang...

fatinsyahirahzainy said...

hahaa.. itulah. nasib baik fiksyen semata2 je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...