Assalamualaikum w.b.t
hatiku, kau bagaimana hari ini?
adakah aku telah terbiasa membiarkan kau lemah?
adakah aku membiarkan kau terseksa dengan garis-garis kasar yang lama memarut?
hatiku, maafkan aku...
maafkan aku jika aku terlupa niatku di awal pagi..
kerana aku bangun tanpa mengingat siapa diriku..
ini entri emosi. (nota : menulis dgn laptop, tisu, dan air mata)
haru... kenapa.. kenapa aku boleh sedih dan kecewa dengan perkara yang kecil?
yang tak sepatutnya memberi kesan...
sedangkan, ada ujian yang lebih besar..
ada perkara yang lebih utama.
tapi aku, hanyut dalam perasaan aku sendiri. (geleng)
kamu, pernah begini?
Pernah rasa yang kamu tahu, kamu sepatutnya jauhkan diri dari perkara2 yang mengganggu hati kamu, tapi kamu tetap juga kembali melakukannya?
Pernah sedar yang hati kamu kecil dan tak tertampung nak melayan perkara yang tidak sepatutnya, tapi kamu redah aja kerana silau dengan kegumbiraan sementara?
dan kamu mengharap, yang semuanya akan ok-ok sahaja, semuanya akan kembali pada asal, hatimu akan sembuh dan kamu akan sedar semula?
padahal... sebenarnya sedar tak sedar, aku membiarkan gerombolan parasit-parasit itu dengan seenaknya menjelajah hatiku dengan riang ria?
hatiku, aku tahu kamu tidak rela...
aku tahu, kamu mengharapkan, aku kembali menghiasi dirimu dengan sebaik-baiknya.
kamu mahu sentiasa subur dengan kasih kepada Pencipta, kan?
kamu tidak rela dirimu bersandar kasih yang terlampau kepada yang lainnya,
yang pastinya cuma hiasan-hiasan dunia yang akan mengecewakanmu..
imanku, kau bagaimana?
iyakan, mengapa aku sangat tegar membiarkanmu di takuk yang lama...
mengapa aku tidak pernah berjuang mengangkatmu.. biarpun satu anak tangga?
mengapa ya mengapa?
mengapa aku terhenti di sini...
sedangkan aku tau jalan mana yang harus kupilih?
mengapa aku harus berasa lemah dan lelah dengan perjalan ini ya Rabb?
Engkau bukakan mata aku, tapi aku butakan..
ini... kerja gila..
air mata lagi
aku si kerdil yang terasa ingin berhenti dan mengalah kerana dunia ini terlalu besar.
padahal tiada siapa pun, yg menyuruh aku kejar dunia kan?
untuk itu, aku bersyukur siapa aku...
biar pada pandangan siapa, itu mungkin berbeza-beza...
aku mahu jadi indah di depan penciptaku,
hatiku, mari...
aku mahu solek kamu.. :')
2 comments:
Allah.. satu entri yg ckup brerti untk diriku yg msih tercari2.. trimas ira:)
insyaAllah sma2 kite terus mencari :)
ko pun dh byk tlg aku, amal.. jazakallahu khair <3
Post a Comment