Friday, 21 March 2014

Terbang

Assalamualaikum w.b.t.

Kalau diikutkan hati ini
Mau sahaja saya terbang ke rumah
Mashaa Allah. Hebatnya rasa rindu yang Kau kirimkan ini.
Sampai tak keruan terfikir itu ini...

Mungkin saya boleh tanya itu ini, tapi yalah, itu saja yang mampu. Mana mungkin mampu menyelam segala isi hati. Tiap-tiap hari yang mereka lalui, bagaimanakah?
Tiap kerisauan mereka akan hari mendatang,
Tiap kekesalan mereka tentang hari yang lepas,
Apa-apa sahaja yang berlaku, kadangkala menerbitkan tanda tanya dalam hati
Pasti ada sahaja, tanggungjawab saya terhadap mereka, yang terlalai tika mereka di depan mereka
maupun kini bila berjauhan
Pasti ada saja, kelalaianku dalam mengambil berat tentang mereka

Saya sampai terfikir, apa yang harus dilakukan, agar saya dapat sentiasa melihat dan mengetahui segalanya?
Tapi akhirnya termalu sendiri..
Apa yang saya fikirkan ini? Adakah saya tengah berburuk sangka tentangMu, Ya Allah?
Berjauhan begini, inilah yang telah tertulis untukku, Alhamdulillah
Andai saya dekat, tak mungkin juga saya mampu mengetahui semuanya
Kerana hanya Engkau ya Alah, pemilik hati-hati
Hanya Engkau ya Allah, yang mampu merungkai segala kesedihan dan kerisauan pada hati mereka
Hanya Engkau ya Allah yang mampu mencantikkan setiap cerita hati mereka
Dan setiap nikmat dan ujian, yang dijangka, mahupun yang tidak langsung dijangka,
Itu semua dariMu
Itu semua yang terbaik untuk mereka

Banyak yang aku belajar di sini ya Allah, tentang hidup
Walau saya masih merangkak untuk betul-betul meneguhkan kakiku di jalan ini
Jalan yang sumpah, tak pernah saya fikir akan dilalui
Seperti juga, mereka yang saya tinggalkan di tempat asal, pasti ada sahaja yang mereka belajar dari hari-hari mereka
Bahkan lebih banyak
Bahkan lebih banyak
Maka saya juga harus kukuhkan iman
Sepertimana Kau menjaga saya di sini, Ya Allah
Seperti itu juga, Kau menjaga mereka :)

Alhamdulillah atas segalanya. Kerana tiap apa yang Engkau kirimkan, walaupun pada mata kasar manusia boleh saja mereka menilai bahawa perkara itu sesuatu keburukan atau kesusahan, tapi andaiNya perkara itulah yang membawa kami kembali kepadaMu, kembali merinduiMu, maka itulah kebaikan yang sebenarnya.

Moga kami dapat melihat semua itu, dengan kaca mata iman. :)


Ama Zilna?


 tolonglah tengok video ni. Sebab ia, betul-betul dah jadi kegemaran saya. Kalah keropok lekor panas-panas. Kalau tak dapat tengok sini, boleh tekan link ni https://www.youtube.com/watch?v=f-pQfubGLxQ 
Atau, cari je video lagu Ama Zilna nyanyian Benammi. Tapi carilah yang ada lirik dalam bahasa melayu atau Inggeris ye cik kak, barulah dapat menghayati.. Lainlah kalau anda-anda mahir bahasa Arab, maka itu satu kelebihan, Alhamdulillah..:)

2 comments:

izza said...

best eyhh. .saya oun rindu gan family saya juakkk. .huhue T^T

fatinsyahirahzainy said...

rasanya nang xpat elak dr perasaan ya.. he2. juh sama2 kuat! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...