Friday 8 September 2017

Apa kau tahu pandangan Allah bagaimana?

Assalamualaikum w.b.t

Zaman dulu orang penyantun, nak tegur berkias, berhikmah.
Makin lama orang makin pandai cakap belakang. Keluarga, kawan, tak kira.
Tapi sekarang makin advanced. Tak kenal siapa, tapi melalui laman maya, macam2 je pandangan orang boleh lontarkan. Kalau teguran tapi positif dan membina, tak apa juga. Tapi masalahnya sekarang, tak ada adab dan perasaan hormat langsung sesama manusia.

Tulah realiti zaman sekarang yang menakutkan. Hal kecil, hal besar. Baik orang popular mahupun rakyat marhaen.

Tapi apa yang saya nak ceritakan harini bukan pasal tu tapi temanya serupa.

Kisah benar seorang insan, di sini saya namakan encik X.
Encik X merupakan seorang senior saya. Pertama kali saya perasan akan kehadiran Encik X ialah ketika kami menduduki exam praktikal dua semester lepas. Ada dua exam kami yang bertindan.

Dan apabila dikatakan senior beberapa tahun, sebenarnya, Encik X telah menduduki berulang-ulang kali peperiksaan tersebut selama beberapa tahun.

Exam praktikal kami agak mencabar juga sebenarnya. Ada beberapa sesi, kemudian diakhiri dengan penilaian lisan (VIVA) yang mana pensyarah boleh menanyakan apa-apa sahaja daripada buku dan kami harus menjawab dengan cepat on the spot secara individu!

Kembali kepada Encik X. Giliran Encik X untuk dinilai lebih awal daripada saya, jadi saya menjadi saksi bagi beberapa sesi ujiannya. Apa yang boleh saya katakan, walaupun dah berulang kali, dia sangat semangat, tak putus asa.. walaupun beberapa kali dah melalui kegagalan, tak terpancar tanda-tanda despair pada riak wajahnya. Attitude terbaik dalam menghadapi exam.

Selepas itu, saya tak pernah lagi terserempak dengan Encik X.

Tapi baru-baru ini saya dengar berita yang menyedihkan (bagi sayalah)
Kawan2 Encik X hampir semuanya telah back-for-good, grad dan balik malaysia, kecuali beberapa orang tetapi sudah tahun terkedepan berbanding Encik X.
Baru-baru ini kami baru mendapat keputusan exam. Maka, salah seorang housemate saya mengunjungi rumah2 senior untuk membeli buku second hand. Maka, dari situ, baru dia mendapat tahu satu berita, yang mungkin telah lama pun berita ni.

Encik X telah kembali ke Malaysia.

Tetapi apa yg menyedihkan ialah apa yang berlaku sebelum kepulangannya.
Seorang kawan Encik X yg telah pun BFG (mungkin sedang HO?) telah memalukan Encik X di laman sosial. Lebih kurang berbunyi begini.. "Lamanya stuck, tak balik2 Malaysia, habiskan duit rakyat sahaja."

Dia tak tahu.
Dia tak nampak attempts Encik X sewaktu exam.
Dia tak nampak, bagaimana Encik X berhempas pulas untuk belajar.

Dan aku, yang menjadi saksi, last attempt Encik X. Maybe his best attempt.
Dan kita tak pernah tahu, mungkin usaha-usaha dia tu betapa bernilainya di sisi Allah,

Dan walaupun mungkin setakat pernah bersua tapi tak pernah berkata-kata, aku sgt mendoakan bahawa Encik X dan isterinya mendapat kehidupan yang diredhai di manapun, bekerja sebagai apa pun. Mungkin, ini yang terbaik. Perancangan Allah, kita takkan pernah tahu apa di depan.

Jangan pernah perlekehkan usaha orang lain..
Bila kita tengok akan kekurangan, tegurlah, tapi bukan merendahkan. Kita tak pernah tahu bagaimana dia berusaha. tak pernah tahu doa-doa dia.

Dan untuk aku juga, yang masih penuh kelompongan.
Kita akan berhadapan dengan banyak momen-momen yang mana kita akan di bawah. Bukan saja tentang pelajaran.

Boleh jadi kita keep on kalah dalam nak berubah. Asyik terbuat dosa pada Allah. Atau punya masalah sesama manusia. Masalah duit, kerja.

Tapi apa yang penting bagaimana kita mahu terus perbaiki diri dan usaha. Persembahkan yang terbaik kepada Allah. Orang boleh berkata-kata. Jangan biarkan, yang melemahkan kita ialah kata-kata manusia.

Yang penting, siapa yang menjadi saksi sebenar kita? Allah dan para malaikatnya. Setia, sampai tiap peluh titis dan air mata.

Bukan aku mahu mengatakan, tak apa untuk buat salah atau berada pada zon lemah. Tapi yang penting bagaimana kita berusaha sehingga kita boleh cakap, "Ya Allah, kita dah cuba sehabis daya."

Dan saat itu,lebih berharga, daripada beribu-ribu pencapaian orang yang mungkin tak pernah merasa payahnya usaha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...