Thursday 21 June 2018

Mak Cik Som, trek jogging dan ramadhan.

Mak cik Som nak sihat.
Mak cik Som awal2 dulu bukan biasa jogging pun, jalan sikit pun dah penat. Tapi sebab keperluan kesihatan, dia gagahkan jugak nak mula. Start dari jalan2 dulu, lepastu brisk walk, lepastu dah boleh jogging suku trek, separuh trek, separuh suku trek,lepas tu dah dpt maintain keliling satu trek. Semua tu dia buat dalam masa sebulan. Hebat tak hebat?

Lepas dah dpt achieve keliling satu taman tu, dia terus stop. Stop bukan alang2, stop 11 bulan. Lepas tu rasa x sihat, dah lemau, baru nak start balik jogging.
Tapi dah xdpt dah terus satu taman. Kena jalan balik.

Alih2 benda sama je. Dah ulang 3 tahun. Sayang. Potensi dah besar. Tapi sihat sebulan je.

Sayang kan?

Macam tu jugak. Kalau lepas Ramadhan, kita biar diri kita merudum macam tu je.
Waktu Ramadhan kita dah capai potensi yang lebih baik, perbaiki diri.
Mungkin tiap orang beza2 part yang mahu dan cuba ditingkatkan. Boleh jadi solat, hubungan dgn al-quran, nak tinggalkan maksiat, bahkan nak sedekah, kontribusi lebih kpd msayarakat. Boleh jadi kita aim nak meningkat dari sudut kualiti atau kuantiti.
Tapi sayangnyaaaaa bila lepastu kita biar je diri kita kembali kepada asal yang kurang baik.

Memang mencabar, sebab syaitan dah tak terpenjara, biah solehah pun dah tak se-inviting sewaktu ramadhan, tapi kalau betul kita anggap Ramadhan ni training untuk bina taqwa, maka selepas Ramadhan ni lah battlefield sebenar kita.

Nak tahu bagaimana berkesannya ramadhan kita, tengoklah diri kita selepas Ramadhan.

Cik Som sebenarnya boleh jadi marathoner. Kalau dia konsisten. Bahkan boleh meningkat lebih lagi.

Ramadhan is a beginning. It's not a temporary course. It's not the finishing line.

Let's try to strive harder, each day.
Learn our lessons from last Ramadhan, don't just bury it under a time capsule to be opened next 11 months.

Ramadhan lepas, sejujurnya aku bermula dengan kesedaran bahawa 11 bulan lepas, aku muslim yang entah apa2. Ramadhan lepas membuka pintu musahabah--untuk aku mula, perbaiki diri yang telah lama dibiarkan senang lenang suka hati tak selayaknya sang hamba.
Ramadhan, aku rindu kamu. Tapi kamu adalah sebahagian hadiah yang telah pergi-- yang penting apa yg aku pelajari dan apa yang ku manfaati daripada kamu.

Apa yang telah kalian pelajari sepanjang ramadhan lepas?
Dan soalan yang lebih penting, apa yang kalian bawa dari ramadhan?

*mak cik som sekadar watak hiasan. Tetapi gaya jogging mcm lebih kurang empunya belog ini cuma mak cik som lebih hebat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...