Ini entri versi semangat berkobar-kobar tahap tak hengat!
*huisyy..lega* beberapa entri sebelum ni asyik mood ayam kentaki berak kapur- bunyi memilukan padahal kenyataannya 'ok2 saja bah'
Pernah dengar istilah adiwira / adiwiranita?
Tak lain tak bukan mereka superhero versi lelaki atau wanita- ada yang berkelajuan sepantas cahaya, memiliki badan super elastik sehingga mampu mencapai objek2 yang berada 5 meter jauhnya sewaktu kecemasan, berkuasa kuda sehingga mampu mengangkat kereta sebelah tangan, ada juga yang mempunyai deria keenam @ sixth sense- justeru mampu mengesan bahawa ada nenek-nenek malang yang terperangkap dalam kebakaran di apartmen tinggi dengan hanya melihat apartmen itu dari jauh.
Tak, tak... mungkin saya tak maksudkan adiwira / nita yg mcm tu...
Tahu tak? siapa-siapa pun boleh jadi dorang?'Eisy mana mungkin cik kak, saya ni manusia, mana ada supernatural powers ke cenggitu?' Iye, anda rasa anda tak mampu? Anda rasa anda tak berupaya? Jawapan muktamad, xnak fikir masak-masak?
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
At-Tin : 4
Hahh tengok tu, kan Allah dah cakap, bukan ke manusia ni sebaik2 kejadian? Cuba bandingkan kita dengan makhluk2 lain, ya mungkin kudrat kita tak sekuat sang rimau yang mengganas, tapi akal kita- memang Allah ciptakan tiada tandingan bukan, berbanding makhluk2Nya yg lain? Yakan, pernahkah anda lihat pakcik gajah pergi ke pejabat, ustaz zirafah berceramah di Al-Kuliyyah, atau paling tidak- pernahkah anda membaca blog yang ditulis oleh- cik burung murai (menaip dengan paruhnya, mungkin)?
Tapi dengan akal, ilham, dan kudrat yang dikurniakan Allah, betulkah- betulkah kita memakmurkan bumi2 ni kerana Allah? For the one and only Allah?
Dan apabila kamu tahu sesuatu perkara, adakah kamu akan mendiamkan diri dan tidak bersikap seperti selayaknya seorang adiwira- iaitu membantu orang lain- tanpa memikirkan diri sendiri?
Tiba2 rasa macam dihempap meteor ye tak? ahh susahnye jadi adiwira! Tak mau2, aku mau quit!
tapi.... quit macam mana? Selagi kita, adiwira2 ni masih bernyawa, selagi itu kita masih lagi sang adiwira full time- walau tanpa kostum atau senapang canggih di tangan.
dan Allah pandang usaha, ye tak? Mungkin sekarang kita masih merangkak2 perlahan... kadang2 terjatuh. Nangis. Kesat air mata sekejap. Kemudian sambung lagi berjalan... terasa penat... Ahhh.....
hey. jangan risau. Allah uji tanda sayang.
asal kita jangan sampai lupa. Jangan lupa berdoa, sebab manusia ni senang lalai. Contoh terbaik, cik jenin. Ahh tepat2 kena hati..
Dan aku rasa, kekuatan sebenar adiwira ada dalam hati. Bukan pada kekuatan yang ditonjolkan.
Aku juga mahu jadi adiwira-
adiwira yang menuntut ilmu hanya kerana Allah, bersahabat kerana Allah, bersukan kerana Allah, berhijab kerana Allah..
bunyi macam simple. realitinya susah... :) but let us pray together...
Aah.. kan tadi, bahagian awal, ada dalil, tentang manusia sebaik-baik ciptaan (at-Tin : 4)
tapi, nak tahu tak apa sambungannya?
Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah”. At-Tin : 5
Scary tak? bayangkan, mula-mula darjat anda seorang adiwira... tapi... bila anda tak memainkan peranan anda, take things for granted, akhirnya anda jadi seorang yang lemah longlai tak berupaya nak tolong siapa-siapa termasuk- diri sendiri?
Selagi kita masih dikurnia hati untuk menghayati, akal untuk berfikir, kaki untuk menjelajah muka bumi, juga tangan- untuk menaip juga menulis... maka selayaknya gunakanlah untuk perkara yang hak.. Semua yg kita ada ni cuma pinjaman. Semua milik Allah.
Jadi mari, sama-sama jadi adiwira-- bila saya lupa, tolong ingatkan saya dengan superpower kamu ya?
psst.. saya ada cita2 baru. adiwiranita dengan hati segak bergaya, juga doktor ummah. :)) doakan ya!
2 comments:
terbaik lahhh tennn !!
moga Allah redha kita jadi adiwiranita sama2 !!!
hi3
insyaAllah :)
Post a Comment