Friday, 16 November 2012

Lidi spaghetti seikat mana rapuh

Assalamualaikum w.b.t

Allah suruh kita buat kerja berjemaah. Gotong-royong, sama-sama...
Kalau fikir-fikir macam susahkan? Yakan, kena korban masa satu hal.. emm.. tenaga lagi..
Itu, belum lagi masuk hal emosi.. Masing-masing ada kehendak masing-masing, boleh jadi susah nak dapat kata sepakat, boleh jadi nanti ada yang kurang setuju, masam muka.. boleh jadi, orang tu pulak kita sendiri.. *geleng* Aisyh..

Tapi.. kalau kita buat seorang2, mampu tak? Kalau kita buat salah, nanti.. tak ada orang yang tegur.. tak ada orang yang Allah kirim untuk tegur kita. Boleh jadi, kerja jadi makin susah.. dan mungkin jgk stress, takde teman bercerita.. *bukan gosip tp pasal berita dunia tau!*

Benda yang susah tu, ganjarannya besar.. Peluh kita, sabar kita.. Lagipun, ni sikit je.. Orang lain sumbang lagi banyak. Orang lain buat banyak kerja. Kita tolong je.. kan? Tapi, memang kita perlu tolong... Bukan sebab kalau kita tak tolong, takde orang nak tolong.. Ramai je orang lain, tapi kalau kita tak tolong kita la yang rugi kan? Sekecik-kecik atau sebesar-besar, yang kita mampu buat untuk ringankan beban orang lain, Allah tengok. Tak ape lah orang lain tak tengok... Ini kan lagi sweet :)

Dan akhirnya, nikmat tu kita yang kongsi sama-sama. Lain kan kalau pergi kenduri @ jamuan @majlis yang mana kita sama-sama tolong, dengan yang kita pergi saja-saja.. Lagi terasa kepuasannya, lagi terasa kesamaannya, lagi terasa menghargai & tak mau membazir. It's like we're a team :) dan insyaAllah, Allah rapatkan hati-hati kita..

Hujung minggu ni pun, ada aktiviti last untuk batch perempuan muslimat KTT.. Kalau aktiviti perempuan, biasalah, masak-masak ni agenda utama kan.. Eh. Kalau fikir pendek macam penat macam xnak join macam nak rehat goyang kaki.
Tapi rugilah... rugilah.. Bila lagi? Bila lagi nak eratkan silaturrahim ngan diorang. Bila lagi nak berborak-borak dengan mata pedih-pedih kena sari bawang.. Kitorang mungkin terpisah by distance nanti, bila insyaAllah masing-masing bawa haluan sendiri nak capai cita-cita yang paaanjaaang. Dan, saya juga sedar, yang saya ni.. kadang-kadang bukan peramah dengan orang yang tak berapa rapat. Sekadar hai-hai bye-bye. Lebih dari itu, saya akan membisu dan tenung dinding kalau orang-orang tersebut tak bercakap dulu. Maka jadilah saya macam orang yang hanya selasa dengan kelompok sendiri.. eh padahal nak eratkan silaturrahim ni, mana boleh pilih2 bulu! aiyarrk.

Maaf sahabat-sahabat. Saya cuba lagi ya :)


Kawan-kawan... macam mana nak buat jambatan dari spaghetti?
*hehe* kita ikat banyak-banyak kasi kuat dulu!
-source- an interview?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...