sorotan 19 Feb- 26 Feb 2013
Demam.
Aku ingat demam biasa je walaupun ada sakit2 sendi dan muntah2. Bahkan, mak pun demam juga. Hari pertama ke klinik, bawa balik paracetamol dan ubat tahan sakit.
Akhirnya, hari keempat, kami disyaki denggi selepas mengambil result darah dari klinik. Bila kena viral fever (demam disebabkan virus, tak semestinya denggi) kepekatan darah kita akan jadi lain. Disebabkan jumlah platelet, juga sel darah putih aku dan mak berkurang, jadi mungkin denggi lah jawabnya kata encik doktor.
Tapi aku dah tersilap langkah. Disebabkan aku muntah2, maka mulanya pagi hari keempat sebelum pergi ke klinik untuk test darah, aku memandai je assume disebabkan alergi ubat. Sebab paracetamol klinik tu macam canggih sangat, nama dan rupa lain. Makanya petang tu terasa lemah lutut, rasa nak tidur, tak lalu makan.
Dan family pun berkata, "Lembiknya kak Irah!"
Mak yang demam juga pun lagi kuat.
Ek. tersentak. Nak sedapkan hati, aku pun assume ah ini semua mesti sebab mak takde simptom muntah2. Ataupun sebab aku skip makan paracetamol pelik tu.
Tapi disebabkan platelet kami tak mencapai tahap yang perlu diwadkan kata encik doktor klinik swasta itu, maka dia pun memberi antibiotik.
Eh, antibiotik?
Ayah tak sedap hati. Baik ambil second opinion. Ya betul, antibiotik boleh melegakan demam, dan kita akan rasa sihat semula, tapi virus masih ada dalam badan nanti, katanya.
aku pun teringat "Antibiotics don't kill viruses" kata cikgu bio. Dan demam denggi ni disebabkan virus.
Makanya kami pun pergi ke hospital kerajaan. Sekurang-kurangnya kalau tak diwadkan pun, kami diberi ubat yang sepatutnya dan ada rawatan lanjutan.
-----------Di hospital----------
Entah kenapa, aku yang lembik ni, terasa segar bila di hospital. Di bahagian kecemasan itu, aku lihat ramai bayi, kanak-kanak, orang tua, yang lebih memerlukan rawatan. Ramai juga orang lain yang berpenyakit lebih berat. Bayangkan, hari-hari makan ubat? Selalu masuk wad?
Keluar masuk hospital sampai dikenali doktor. Tak lalu makan berbulan-bulan, bertahun-tahum..
Dan aku pun jadi tertunduk malu. Siapa aku nak mengaduh sakit?
Setelah itu, aku pun berazam untuk jadi kuat. Bila-bila aku sakit, ada orang yang lebih-lebih lagi sakitnya. Tapi mereka tabah je.
Setelah beberapa hari mengunjungi hospital dan klinik kerajaan, maka akhirnya platelet aku dan mak kembali normal. Alhamdulillah. Cun-cun juga, last sekali aku mengambil result darah adalah pada hari pendaftaran kursus bahasa di KTT. Maka dapatlah aku fokus nak belajar je hari-hari berikutnya. :)
macam miracle je rasa rasa waktu tu.
p/s: lupa nak cakap.
sharing is caring kan? denggi tak bahaya kalau didiagnose awal-awal. makanya, kalau demam lebih 3 hari, jumpa doktor ye!
Ubatnya cuma air, kata kak doktor hospital kerajaan. Tapi jangan lupa berdoa!
Minum banyak-banyak air untuk elakkan platelet turun. Tingkatkan pemekatan darah. Sebenarnya yang nak dielakkan, pendarahan. Jadi kalau gusi berdarah, najis berdarah, period melebihi normal, cepat2 ke hospital! Lagi satu kalau suhu terlampau tinggi, >39.
Oh, air putih je pun tak cukup. Pastikan juga minum jus, air isotonik atau barli melebihi 5 gelas juga ya!
Aah. Dan satu lagi..Haritu saya diberi buku rekod pemantauan denggi. Setiap pesakit yang disyaki denggi memang diberi buku tu, untuk isi amoun kepekatan darah setiap kali appoinment.
Kat belakang buku rekod tu nak tau ditulis apa?
- Jangan mengambil antibiotik
- Elakkan mengabil ubat tahan sakit (i.e. aspirin, steroid)
Terbukti sudaa.. Alhamdulillah papa yang bijak melarang kami mangambil antibiotik. Satu lagi, kalau disyaki denggi, rasanya lebih baik refer ke hospital atau klinik kerajaan kerana mereka lebih arif dengan research dan mempunyai pusat kawalan denggi yang cekap sampai menelefon kami pada waktu santai =.=
Kalau tempat anda terkenal dengan kes denggi, spray rumah dengan ridsect dan yang sewaktu dengannya waktu senja!
Dan Alhamdulillah, walaupun sakit, dan awalnya sedih saki-baki cuti yang tinggal dihabiskan dalam keadaan sakit, tak sempat nak buat cupcake dan spend time riang ria dengan family, tapi tak rasa menyesal dan rasanya I've learnt a lot. Tengokla, apa yang Allah dah ajar dari sekecil-kecil nyamuk!
ohoyyy... jangan pandang aku sebelah mata!
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
1 comment:
subhanAllah.. jg ksihatan slalu ira.. oh, bru tau yg demam denggi xleh mkn antibiotik. :) good info, great point of view.. thank you..^^
Post a Comment