Monday, 8 April 2013

cerkon : Muda tak muda

Malam itu Sarah sakit. Sakitnya tak tertahan sampai air mata tak terdaya lagi nak diseka.

Bukan selalu sakitnya begitu. Bukan selalu sakitnya sampai mengganggu tidur. Sampai tak tertahan, sakit yang tak juga tergambarkan sebelumnya.

Apa pun cara dilakukan, matanya tak juga dapat lelap. Cuma terpejam kerana peritnya rasa.
Dalam kelam malam, dia berdoa. 'Hilangkanlah rasa sakit ini ya Allah.. Aku tidak mampu..'

Hela nafasnya terasa berat. Matanya panik! Tidak, bukan sekarang.. Bukan sekarang.. Dia belum bersedia!
Terngiang2 di kepala, kata-kata sahabatnya, "Hidup ni..cuma persinggahan. Sepertinya singgah di RNR sebelum sampai ke kampung. Buat apa mau enjoi lama2 di RNR"
Pandangannya kabur dan berpinar. Sakit itu seperti tak terasa, yang tinggal takut yang meraja. Adakah ini masanya? Adakah ini masanya?


Dan dia lihat seakan-akan ada lembaga di hadapannya.

Gelap. Kelam..


Paginya bila mata terbuka, dia melihat cahaya. Cahaya dari tingkap. Senyum.. syukur. Mungkin lembaga itu cuma racauan akibat tak tertahan sakit.
Namun akhirnya dia tertunduk. Andai benar malam semalam benar seperti yang disangkanya, dia..

Dia pastilah orang yang paling menyesal! Selama tahun-tahunnya selepas baligh, apa yang telah dia lakukan? Apakah ibadah2nya yang dilakukan tergesa-gesa itu diterima? Bagaimana pula dengan ilmu yang konon dipelajari namun dibiar berhabuk? Orang2 yang dianiaya? Dosa-dosa yang belum dia taubatkan dengan sebenar2. Banyaknya.. Banyaknya yang belum settle!

Sarah fikir dia masih muda. Namun ajal tak kira tua muda. Dia sedar, dia faham. Dan dia perlu mulakan langkah pertama!









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...