Assalamualaikum w.b.t
****
Hari ini, macam biasa, Cindairelah memberus setiap inci lantai sampai berkilat-kilat. Ohohoh. Licin bagai cermin.
"Cindairelah! Kenapa tak bersiap lagi nih? Tinggal dulu lantai tu. Pakai baju vogue sikit dan tanggalkan ntah ape kain buruk atas kepala. Jangan nak jatuhkan reputasi keluarga Von Ducky!"kata ibu angkatnya, Madame J dengan nada agak tinggi. Pantang andai imej tercalar.
"Ye bunda.." Cindairelah akur, dengan nada sedih..
Ini.. bukan kain buruk..
Ini shawl jahitan sendiri bu...
Sebelum ini Cindairelah tak tahu, tak faham pun ada sesuatu yang lompong dalam hidupnya... Dalam rumah itu, walaupun cuma anak angkat, tapi dia tetap dibesarkan dengan kemewahan. Cindairelah sangat terhutang budi sehingga dia menawarkan untuk menjadi ketua bibik di rumah itu dengan upah separuh gaji sahaja. Pada masa tidak komited dengan kerja pula, dia menghabiskan masanya untuk berhibur sehinggakan solat pun ekspress cincai-cincai char bihun je.
Begitulah hari-hari Cindairelah di rumah agam Von Ducky. Bangun-kerja-bersosial-membuta. Tiada komitmen lain. That's life, full stop.
Sehinggalah suatu hari... *latar muzik saspen*
Hari itu Cindairelah pergi membeli belah untuk jamuan besar di rumah agam Von Ducky. Sedang asyik memilih cherry tomatoes, tiba-tiba perutnya meragam. Cepat-cepat dia berjalan menuju tandas, sehinggakan dia terlanggar seorang kakak manis. Terjatuh barang pembelian mereka. Cindairelah pun meminta maaf, lalu kakak itu membalas dengan senyuman dan memberi signal tangan 'tak apa' dan berlalu pergi dengan langkah bersegera.
"Rushing-rushing pun sopan juga kakak ni" ujar Cindairelah dalam hati, sehinggakan matanya leka memerhati gerak geri kakak itu dari jauh. Perutnya yang sakit mengingatkannya kembali untuk kembali ke tandas.
Apabila kembali dari kedai, dia terkejut beruk apabila shopping bag yang disangkanya berisi kotak emping jagung rupanya kotak hadiah yang berisi leather-bound book.
Dibelek-belek, rupanya Quran, siap berisi tafsir. tersalah beg ni! Bahkan selain kotak hadiah, ada diari kecil dan traveller's telekung dalam beg kanvas itu. Bila dibelek-belek, memang begs ni nampak mcm selalu diguna, bukan seperti shopping bag Cindairellah yang lain.
Apabila dia menjumpai nombor telefon pemilik diari itu, cepat-cepat dia menelefon dan inform hal yang terjadi.. Esoknya kakak manis itu datang.. Dia cuma mengambil diari kecil itu dan yang selebihnya dihadiahkan kepadanya Cindairella.
"Anggaplah tu sebagai friendly gift dari akak," kata akak manis tu.
"Eh takpelah kak. Segan saya. Leather bound kot Al-Quran tu. Traveller telekung tu pun cantik sangat la kak"
"Alaa takpe. Akak ade je yg lain kat rumah.. Lagipun tu memang sebnarnya niat nak kasi orang. Semalam missing time on the way nak kasi kawan akak tu, jadi akak dah beli yang lain pun untuk dia."
"Ngee thanks kak. Baik sangat.. By the way, apa nama akak?"
"Kak Fairydah. Panggil Kak Fairy je cukup.."
*To be continued*
2 comments:
Kreatif :)
Btw macam mana nak sebut Cindairelah tu ?
hee sekadar mencuba :)
'cindai' macam lagu siti
'relah' macam pasukan RELA
Post a Comment