Seminggu jugak dah saya dan adik di kampung.
Malam tadi, kami keluar makan-makan dengan grandparents, makcik pakcik dan sepupu belah mak.Dalam duk seronok masing-masing melahap roti cotek atau mi sup.. tiba2 adik menggenggam lengan saya dengan grip yang agak kuat. Maunya tak terkejut saya dibuatnya.
'Sensing' muka adik ala-ala ketakutan, jadi saya pun mencarilah bawah meja kalau-kalau ada kucing comot yang comel menggesel-gesel kaki adik saya. Oh, si adik memang fobia itu! Rupa-rupanya bukan. Adik memberitahu dengan nada perlahan, "Orang itulah.."
Akhirnya saya nampak kelibat pakcik yang mungkin dalam lingkungan 60-70an begitu, pada mulanya kelihatan normal sahaja, tapi kemudian baru sy perasan pakcik itu kerap mengetap-ngetap bibirnya dan berjalan keliling meja-meja makan. Akhirnya dia duduk di meja tak berpelanggan dan mulutnya seperti mumble tapi tak keluar suara pun.
Lama juga dia duduk di situ, tapi makanan pun tidak sampai-sampai.Terfikir juga, apalah salahnya tauke kedai memberi sekeping roti canai dan air kosong.
Pelayan (anak beranak tauke kedai) pun buat-buat tak tau saja bila melalui meja pakcik tu untuk mengambil order pakcik sebelah..Orang sekeliling pun buat tak tahu.. Perhaps they have their own reasons kan? Perhaps saya tak cukup matang nak memikirkan hal ekonomi, mereka juga punya anak bini dan cucu. And I am also the guilty one :(
Sebelum ni bawa-bawa dompet pun, rasa takda kegunaan kalau takat makan di kedai area kampung ni mmg atuk la belanja kami.Tapi malam ini, kesal juga tak membawa dompet.. Orang kata, kalau duit kita ada RM1, 20sen sebenarnya bahagian orang lain.. Entah2, daripada elaun, bahagian 20% yang bukan milikku itu ada sebahagiannya milik pak cik ini. T.T
Betul juga adik cakap, mungkin dah selalu tauke kedai bagi makanan kat pakcik tu.. Mungkin.. Ktorang pun bukannya resident sini tau itu ini.
Tapi... Mungkin juga dia belum makan langsung harini..
Orang mungkin nampak pakcik ni sebagai valueless anonymous yang ada masalah psikologi..
But he's a human!
Aku pernah kenal seorang encik K yang dulunya bekerja di sektor professional tapi selepas mengalami kemalangan, yang mengakibatkan hentakan di kepala, something went wrong somewhere. But he's still strong so now dia bekerja sebagai pemandu teksi. Tapi kadang-kadang kena remind jugak destinasi kita nak ke mana tengah-tengah jalan tu sebab boleh terlupa.
Ayah aku pernah cerita jugak, ada Encik X yang ambik Master PhD yang akhirnya stress sampai sleepwalk dan gangguan mental akhirnya terpaksa berpisah dengan isteri dan anak. But still, he used to be a brilliant man and even still a father!
Dan sebanyak-banyak orang yang pada pandangan kita sgt low daripada kita, kita tak tau yang they used to be org hebat. Realitinya hidup ni umpama roda, we cannot expect when is our up and down. Sekelip mata, zappp! Allah boleh ambik balik kewarasan yang selama ni kita banggakan sangat tapi tak appreciate.
What if it's you? What if it's your family member? What if he or she is someone you know?
Bila difikirkan, memang menakutkan, tapi doa kan senjata orang mukmin..Waktu stress, jiwa kacau, yakinlah untuk sentiasa seek help from Allah who create us kan? Bahkan, dengan membaca dan menghafaz Al-Quran, minda kita akan lebih tenang. Aku juga pernah dengar orang yang menghafaz Quran tidak nyanyuk pada usia tuanya.. huisy.. mampukah kita?
Satu lagi, sentiasa berfikir perkara yang baik-baik dan ilmu yang bermanfaat pun mampu menenangkan & datangkan kebaikan kat kita. Betullah, "An empty mind is the devil's workshop" eeee tak ke seram tu?
macam mesin jugak, of course boleh rosak. Skru tanggal lah apelah.. Kalo kite tak refer balik kat manual or org yang betul2 pakar bidang tu, tak kejadah makin rosak? Kalau dibiarkan pun makin melarat.
Same lahh tu. Manusia mestilah kena refer book of guidance from Allah the sole existence yang mencipta kita. It's our manual!
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.(Ar-Rad :28)
so true.
p/s :
Tahun lepas aku pernah baca buku "Still Alice" (klik untuk sinopsis lanjut)
buku ni basically pasal Alice, seorang wanita bekerjaya dan berkeluarga yang didiagnosis menghidap early-onset Alzheimer. Lepas tu Alzheimer tu escalate dengan cepat sampai dia lupa identiti sendiri dan orang di sekeliling! Bila baca dari satu detik ke detik, sangat sedih dan actually memberi gambaran baru apatah lagi buku ni ditulis dari first person's point of view.
p/s :
Dulu pernah tengok sorang tauke mamak yang bila sorg pakcik mentally handicapped datang, tak cakap apa-apa terus sedia nasi berlauk dan air. Patut pelanggannya tak putus-putus! :)
No comments:
Post a Comment