Wednesday, 16 May 2018

Anak bulan

Me : Rasa x prepare lagi nak Ramadhan kali ni. Cepat sgt rasa. Kalau boleh nk hari Jumaat.

Y : weh, samalah. Tadi pun fikir camtu.
........ Tapi lepas tu tetibe rase jauh pulak kalau jumaat. Takut tak sempat.

😭😭😭

InshaaAllah, kitorang sambut Ramadhan di Davangere Khamis, 17 mei. Buat pertama kalinya sama dgn Malaysia. Buat pertama kalinya anak bulan muncul awal di langit davangere.

Jujurnya mmg tak prepare. Aku tahu hati aku macam mana spjg 11 bln sebelum ni. Apatah lagi amal.

Jadi petang tadi sebelum maghrib, aku keluar. Petang sebelum dicanang masuknya bulan Ramadhan.

Keluar menghadap tasik. Mahu menatap alam. Mahu sendirian. Mahu muhasabah.

What happened to you?
Who are you?
What do you want, really?

Bertanya pada diri sebelum aku menangis, aku rasa tak kenali diri aku sekarang.

Mahukan iman tapi leka.
Mahu redho Allah tapi tak sanggup berhadapan kesusahan untuk beramal dengan sebenarnya.

Tapi Allah, bukankah Ar-Rahim?
Dia hadirkan bulan ini, untuk kita buka buku baru..
Sudahlah.. Masa untuk mula. Start again. However messed up I am.

Saat aku mahu melangkah pergi dari tasik, terasa berat. Matahari dah mula mahu terbenam. Pemandangan jadi makin indah sampai rasa xnak lepaskan pandangan, taknak tinggalkan tempat ini. Cantik.

Jadi.. Bagaimana aku rasa aku boleh lepaskan peluang syurga macam tu je?

-irah-
One dramatic day for an introvert

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...